Friday 22 July 2011

Dah terlalu Sayang

Kata orang dulu-dulu bila dah gila bayang, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Seriously? Ada kebenarannya ke? I’m afraid it happens to my friend. Sangat kasihan. Kejap mood dia ok, kejap mood dia sangat tak ok. Dia memasang harapan yang sangat tinggi. Then aku cakap “kalau kau rasa nak luahkan perasaan, luahkan saja and u must take a risk”. Dia senyap. Aku faham. Kalau aku pun selagi rasa masih insecure aku tak akan cakap perasaan tu. Kemudian rasa sakit sorang-sorang, simpan sendiri. Memang kelihatan macam bertepuk sebelah tangan dan ibarat seperti syok sendiri, tapi what to do? Kita sendiri pun tak tau perasaan orang yang di sana. There are many possibilities. Either memang dia just anggap kita as a friends, or not. 


I really-really know. Kita just boleh memberi sekadar pandangan, apa yang kita rasa, tapi bagi orang yang beban di bahunya, yang menanggung pasti akan rasa satu kesukaran untuk buat apa yang kita pesan. I am so envy of him. Bayangkan jika ada sekumpulan group awek yang lalu di sebelah, mostly of us akan cuba usha, jeling sambil gossip sikit-sikit. “eh Badul, ko tengok awek tudung putih tu, manisnya, ermm agak2 dia dah ada pakwe tak, body pon mantap”. Then si Badul ni cuma toleh sikit sahaja, senyum dan terus buat tak tahu. Pelik sebab biasanya dia adalah ahli yang sangat komitmen untuk memberi pandangan tentang kecantikan wanita yang lalu lalang. Tapi dia cuma kata yang dia hanya ada seorang saja dalam hati dia. Terkedu sekejap! 


Is it serious. That’s why aku cakap yang apa yang dinamakan cinta ni sangat lah magical. Dan si Badul ni seorang player. Then hati dia dah tertutup ke nak buat benda yang dia biasa lakukan demi seorang wanita yang dia pun belum tahu perasaan wanita tu sendiri. Bertambah pelik, bila dia akan selalu cakap yang dia dapat usha awek ni, keluar dengan awek ni, ke sana ke mari dengan awek-awek yang berlainan, tiba-tiba saja sepi dan setia pada seorang yang belum lagi jadi milik dia. Super duper pelik bila dia dah merancang nak cari duit lebih nak terus masuk meminang.


Aku sangatlah cemburu dia ada perasaan macam tu. Dan aku rasa perasaan dia tu sangat serius. Tapi sangat kasihan. Kadang-kadang termenung sorang-sorang, kemudian dia gelak-gelak. Sekejap-sekejap ajak aku teman hisap rokok belakang opis. Sekali hisap straight 2 batang. Apa yang aku cakap, dia memang betul komitmen nak kan perempuan tu. So good luck bro! kadang-kadang kita mungkin rasa dia jual mahal atau kadang-kadang kita rasa dia Cuma anggap kita sebagai kawan. Tapi whatever pun selagi kita belum dengar dari mulut dia lagi, kita kena usaha kalau betul kita serius sehinggakan ko sanggup nak masuk meminang dia. Then whatever pun result yang dia bagi terutamanya result yang kecewa, just remember Allah will give you yang terbaik untuk kamu di masa hadapan. Just believe on HIM. 


p/s: kadang-kadang orang yang mengalaminya hanya sekadar masuk telinga kanan, dan keluar telinga kiri. Dia tetap akan melahirkan sebuah harapan yang sangat tinggi. Dan bila kecewa pasti hati dia akan tertutup untuk selamanya. Itu pasti. Sebab aku pernah berada di situasi yang sama. 



2 comments: