Friday 16 January 2009

Congrats to Winner !!

Demam pemilihan sudah pun berakhir. Yang menyaksikan berlaku beberapa perubahan. Walaupun berlaku beberapa perubahan di kerusi-kerusi fakulti dan umum, Calon2 Aspirasi yang menyokong Aspirasi Universiti masih lagi memegang tampuk yang besar dalam dan peranan yang besar dalam Pemilihan Kali Ini.


Berlaku perubahan di beberapa fakulti seperti di FUU, Di mana GMUKM mengambil alih kerusi dari kepimpinan Aspirasi. Di Fakulti seperti FSSK, FTSM, FEP dan FSKB menunjukkan Aspirasi masih lagi menjadi kepercayaan mahasiswa dalam perjuangannya membentuk Universiti Kebangsaan Malaysia terjauh kehadapan berbanding Universiti lain-lain..
Sementara di sesetengah fakulti situasi dilihat seimbang dengan kemenangan kerusi dimiliki kedua-kedua belah pihak mengikut tahun. 2 kerusi dimenangi oleh Aspirasi dan 1 Kerusi dimenangi oleh GMUKM di FST..

Bagi Umum pula 6 Kerusi yang dipertandingkan bagi tahun 2 dibolot dengan jayanya oleh Pihak Aspirasi sementara awan mendung berlaku pada Aspirasi untuk Kerusi Umum Tahun 3 yang menyaksikan kemenangan pihak GMUKM untuk 3 kerusi dari 5 kerusi yang dipertandingkan.
Untuk melihat lebih lanjut sila layari laman web Keputusan Pemilihan Perwakilan Pelajar secara detail.

Tahniah kepada yang menang terutama Aspirasi.. Jalan kan tugas melindungi mahasiswa daripada pemikiran yang boleh menjahanamkan dan memalukan negara dan terutama anasir-anasir luar yang dilihat boleh meracuni pelajar-palajar UKM. Jangan Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.. Jalankan Tugas dengan dedikasi dan Penuh tanggungjawab.. Kepada semua yang telah dipilih tak kira siapa yang memegang kuasa tertinggi PMUKM, kerjasama perlu dalam menjadikan UKM terkehadapan dari yang lain-lain.. Jangan biarkan sikap kita yang suka membantah dan ego yang menyatakan hak kita sentiasa terlindung dari kebenaran menjahanamkan Universiti kita sendiri. Tolak Ansur perlu berbanding Ego yang masih berpegang kuat dengan prinsip politik luar.. Yang tidak menang, masih lagi boleh melakukan perubahan kepada mahasiswa, bukan saja menjadi MPP baru boleh mengubah mahasiswa.. Konsep bantu membantu itu perlu dalam mewujudkan kampus ke arah kesejahteraan.. Jangan Hanya tahu memutar belit fakta dan bercakap tidak serupa bikin.. Buktikan..

"Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti"

No comments:

Post a Comment