Sunday 4 January 2009

Problem With New Year.

Tidak terlambat rasanya dan tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penduduk dunia.. Kedatangan Tahun Baru yang datang untuk menggantikan Tahun-Tahun sebelumnya disambut dan diraikan setiap tahun menjelmanya Tahun Baru. Kita boleh lihat lampu-lampu, percikan bunga api, dan keramaian umat manusia membanjiri sesuatu kawasan, sememangnya fenomena yang biasa di ambang Tahun Baru.. Jadi jika tahun baru yang disambut setiap tahun ini adalah biasa, dimana masalahnya seperti yang dikata dalam Tajuk entry kali ini?

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Kuala Lumpur, 2 Jan- Sebuah bilik di tingkat 11, Jln P Ramlee diserbu kerana dipercayai menganjurkan pesta seks. Terdapat 3 pasangan yang berada di atas katil dalam keadaan separuh bogel. sementara yang lain berada di dalam keadaan khayal kerana arak dan pengaruh dadah.

Kuantan, 2 Jan- "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang". begitulah kesimpulan yang dibuat apabila Jab. Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan operasi cegah maksiat dan berjaya menangkap 56 pasangan remaja Islam yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini di awal pagi 1 Jan. Kesemua remaja yang ditangkap berumur 15-20 tahun dan kebanyakkan mereka masih bersekolah.

Shah Alam, 2 Jan- Jab. Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 5
9 individu Islam disyaki berkhalwat di beberapa bilik hotel di sekitar negeri ini dalam operasi menjelang tahun baru semalam.

Jadi, dah tahu di mana silapnya? Tahun Baru dijadikan alasan untuk remaja islam berpesta seks. Menyewa hotel-hotel murah untuk dijadikan tempat melempias nafsu. Di Mana Harga diri Melayu Islam? Di Mana Harga Diri kita yang dijadikan sebagai hamba kepada Allah? Di Mana-mana seluruh dunia pun, sudah menjadi trademark setiap kali acara sambutan besar-besaran disambut dengan ragam yang menyalahi peraturan-peraturan yang telah lama ditetapkan untuk seorang muslim. Jika kita lihat di satu kawasan
di sekitar Lembah Klang, terdapat satu acara menyambut ambang Tahun Baru ala pantai. Dengan berbaju separuh bogel? adakah itu sambutan? Memang seronok kita menyambut sebegitu rupa. Leka, khayal seolah-olah dunia ini kita yang punya.. Seolah-olah maut itu gentar dengan kita. Kalau sambutan itu yang kita suka, kita lihat betapa marah Umat Islam andai artikel ini yang dikeluarkan oleh satu blog yang menghina Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Memang tidak dinafikan ramai antara kita yang marah, geram dan sebagainya. Tapi bagaimana dengan yang tidak langsung mahu ambil peduli? Kalo awek tersayang dimaki dan dicaci. Kelubang kubur aku cari.. Semoga balasan dari Allah yang seadil-adilnya pada mereka yang menghina dan memijak-mijakkan maruah agama kita.

Cuba kita lihat pula artikel ini..

GENTING GAZA 2 Jan. - Serangan oleh tentera Israel di Palestin masih berterusan hari ini walaupun seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan terbunuh semalam. Serangan tersebut turut memusnahkan 20 buah rumah yang disyaki menempatkan beberapa pemimpin Hamas, sebuah apartmen di selatan Palestin dan juga sebuah masjid. Jumlah kematian kini meningkat kepada 414 orang dan lebih 2,000 lagi cedera setelah serangan masuk hari ke tujuh hari ini.
Bagaimanapun di pihak Israel keangkuhan mereka semakin jelas dengan Menteri Luarnya, Tzipi Livni mengeluarkan kenyataan bahawa serangan yang dilancarkan mereka sememangnya sangat efektif. "Serangan yang dilancarkan di Palestin sejak ia bermula merupakan sesuatu yang berkesan. "Saya fikir sehingga sekarang selepas operasi yang dilancarkan sejak Sabtu lepas kami telah mencapai banyak perubahan," kata Livni selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menolak agar gencatan senjata 48 jam dilancarkan.

BAITULMAQDIS 2 Jan. - Tinjauan pendapat oleh sebuah akhbar terkemuka Israel menunjukkan lebih dua pertiga penduduk negara Yahudi ini lebih suka sekiranya serangan udara ke atas Genting Gaza diteruskan. 71 peratus responden dalam tinjauan oleh akhbar Haaretz kelmarin iaitu pada hari kelima Israel membedil Gaza dan menyebabkan hampir 400 penduduk Palestin terbunuh, menyokong tindakan ketenteraan tersebut. Mereka mendakwa ia boleh menangani pergerakan Islam yang memerintah Gaza.

Jadi dimana kita sewaktu umat islam yang lain menderita. Mungkin ada yang prihatin, berdoa, memboikot dan sebagainya. Alhamdulillah kita akan akan buat dan membantu apa yang kita mampu. Itu yang menolong? Yang berpesta seks ketika Umat Islam lain berpesta Darah? hanya Tuhan Saja yang tahu. Hanya Tuhan saja yang berhak menentukan balasan kepada umatnya yang alpa..

Ibarat sudah menjadi trend.. Kini kita masih lagi tercari-cari.. dimana silapnya.. dimana kah salah yang harus diperbaiki sebelum masalah ini menjadi penanda keruntuhan akhlak dan keruntuhan sesuatu bangsa Di Bumi Malaysia. Ayuh kita selamatkannya.. pada masa kini, yang paling penting sekali, peranan ibubapa dalam membantu masyarakat kita keluar dari kancah maksiat.. Bantu bersama-sama mendidik anak bangsa.. BUKAN HANYA TAU MEMBANGKANG SEMATA-MATA.. Hidup Bangsaku, Hidup Negaraku. Tinggikan Imanku. Dan Angkat Martabat Agamaku..

No comments:

Post a Comment