What i want is..........

Dalam dunia tiada yang mustahil.. Begitu juga dengan impian.. Dalam entry sebelum ni, ada menyatakan yang imiginasi itu adalah pencetus kepada kehidupan realiti.. Betul ker ? maybe yes and maybe not.. Tapi saya berpegang kuat dengan mengatakan ya! sebagai contoh, imiginasi manusia untuk terbang menghasilkan kapal terbang, imiginasi manusia untuk bergerak laju menghasilkan kenderaan dsb... Jadi apa imiginasi saya untuk 10, 20, 30, 40 tahun yang akan datang dan apa yang saya mahukan dalam dunia ini...

1. saya ingin berjaya!.... berjaya dan terus berjaya..
yang dimaksudkan di sini bukan hanya mengenggam segulung ijazah,
tetapi kejayaan peribadi sehingga ke akhir hayat...

2. berkait dengan kejayaan, sudah semestinya yang saya mahukan
adalah pekerjaan yang tetap dan memuaskan..
Pekerjaan yang memberi kenikmatan hidup duniawi kepada semua insan
yang terdekat.

3. Pekerjaan yang menyenangkan memberi impak kepada kehidupan keluarga.
Melihat ibu bapa duduk di rumah mewah hasil pendapatan saya.
Melihat adik-adik melanjutkan pelajaran ke luar negara juga
hasil pendapatan saya.
Melihat isteri dan anak-anak saya senang dengan pakaian
dan makanan yang mengcukupi.

4. Apa yang saya mahukan adalah kebahagiaan orang yang tersayang.
Lebih dari kebahagiaan diri sendiri.
Lebih dari derita sendiri..

5. Saya mahukan keluarga yang baik. Untuk itu, saya perlukan
isteri yang mampu membimbing saya... saya mahukan isteri yang
menjadi contoh kepada anak-anak saya.. Saya mahukan isteri yang
sopan dan santun. Kesempurnaan sebagai seorang wanita.

6. Kadang kala terpikir, apakah saya sanggup membujang kalau tidak berjumpa
dengan apa itu kesempurnaan wanita..
Ya!... Melihat ibu bapa saya dan adik-adik saya bahagia lebih utama
dari kebahagiaan saya.. Maka saya akan berusaha lebih untuk
membahagiakan mereka...

7. Salahuddin Al-Ayubi. Penakluk Masjid Al-Aqsa...
Panglima perang islam yang berani dan gagah..
Alangkah indahnya jika saya di tempat beliau..
kurniaan keberanian menentang mungkar dan kekejaman
berjihad di jalan Allah dengan cara yang halal...

8. Yang saya mahukan, kehidupan di akhirat yang lebih utama.
Hidayah yang datang akan terus dipohon.
Untuk menjadikan diri ini berjaya dari segala aspek.


Adakah saya mementingkan kesempurnaan?

2 comments:

  1. saya mendoakan anda akan dapat apa yang anda hajati..dan saya akan doakan diri saya juga terus menjadi yang terbaik

    ReplyDelete
  2. kau memang mementingkan kesempurnaan!

    aku pon jugak.

    semua tu memang harapan dan cita-cita semua orang kot.

    usaha je yang buat kita mencapainya atau tidak.
    tapi satu persoalan.
    boleykah kita mencapai satu kesempurnaan??

    ReplyDelete