Wednesday 4 February 2009

The Adventure Of Gunung Datok

Tanggal 30-31 Januari yang lepas, aku berjaya sampai di puncak gunung Datok.. Gunung Datok merupakan gunung yang ketiga berjaya ditawan dengan gagahnya sepanjang hidup aku... Kalau nak tahu, Anjuran Ekspedisi ke Gunung Datok ini merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM yang mana melibatkan 51 orang peserta termasuk 8 orang dari IKMAR (Ikatan Mahasiswa Anak Johor) USM.. Jom kita lihat bagaimana 51 orang ini memulakan cabaran pendakian mereka!!

Perjalanan ke Hutan Lipur Gunung Datok bermula jam 4 ptg pada Jumaat (30 Jan 09) dan sampai ke tapak perkhemahan di kaki Gunung lebih kurang sebelum maghrib.. sebagai langkah pertama, Semua peserta diberi taklimat secara ringkas oleh Ketua Penyelaras selepas maghrib berjemaah.. Para peserta memasang khemah di tapak khemah yang telah disediakan sebaik saja taklimat ringkas diberikan.. Pada sebelah malam jam 10.30 malam, sebagai langkah keselamatan untuk memulakan pendakian pada keesokan harinya, para peserta diberi taklimat ringkas dari Guide-Guide yang telah diberi tangunggjawab.. Kebetulan Ketua Guide adalah latip, Kenalan yang agak rapat dan gila-gila sedikit orangnya.. Latip ni sekali naik Gunung, mau katil, almari pon mampu dibawaknya sampai ke puncak..

So, hari pendakian yang penuh misteri bermula... opsss tapi sebelum mendaki perlulah ada reparation.. Pada keesokkannya harinya, seawal selepas subuh, peserta diberi masa untuk mempersiapkan diri, mandi, gosok gigi dan sebagainya lah.. selepas bersiap, sesi memanaskan badan dijalankan dan dikendalikan oleh mr. penyelaras.. Just senaman ringan bagi mengelakkan kecedaraan ringan.. Selepas senaman, suntikan santapan diberi dan sarapan untuk peserta hanyalah maggi.. Sebagai cadangan, maggi perlulah diubah ke menu-menu yang lain ya untuk sesi mendaki yang akan datang.. sebabnya, maggi ni kurang kot untuk memberi suntikan tenaga kepada peserta yang bakal memulakan eskpedisi mereka..

Pendakian dimulakan seawal jam 8.30 Pagi.. dan Bagi aku trak gunung Datok tidaklah mencabar fizikal dan mental sebagaimana Gunung Ledang dan Gunung Besar Antu (yang tersangat2 licin).. yang membanggakan, Aku dari awal lagi sudah ada di depan peserta-peserta yang lain.. Huhu semangat mengejar puncak begitu memmbara dan meuap-luap dan aku menjadi peserta yang pertama sekali barjaya menapak di puncak.. kedudukan aku ketika itu di belakang Guide di depan.. setelah melihat batu penanda yang menunjukkan kami sudah hampir ke puncak, Guide di depan sekali mengajak aku berlumba lari sampai ke puncak, ingatkan dekat tapi jauh lagi tue.. yang mana akhirnya aku tercungap-cungap untuk sampai ke pra-puncak.. kecian sebab kalah ngn guide tu.. hampehh.. tapi puas hati sebab, rekod aku, 1 jam 10 minit.. yang last sekali sampai ke pra-puncak ini lebih kurang 2 jam 30 minit... huhu...

sebab apa aku beri nama pra-puncak? sebabnya Yang ini belum puncak lagi, nak naek ke puncak perlu bergilir-gilir lebih kurang 10 orang, disebabkan laluan ke puncak yang 99% berbatu 80 darjah, hanya sedikit saja peserta yang boleh naek secara bergilir-gilir.. pendakian ke puncak hanya berbekalkan tangga walaupun deruan tiupan angin yang tersangatlah hebat.. tapi alang-alang memeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. dan Alang-alang kepenatan biar sampai rasa nikmat dan kepuasan.. Aku beranikan diri naik juga ke puncak, walaupun tangga yang digunakan goyang, menjadi lebih goyang bila ditiup angin yang kuat.. wawawa.. silap cket, maut menanti di sebelah.. kiri gaung, kanan pun gaung.. sebagai penghargaan kepada gunung ini, aku anugerahkan, inilah puncak yang paling serrrammmm pernah aku naik... tapi puas sebab pemandangan nya cantekk... kebetulan, cuaca mendung dan berangin.. sewaktu turun, nk nanges pon ada.. ketakutan.. tangga goyang.. apatah lagi lutut.. sentiasa bergetar menahan tiupan angin.. setelah dipaksa untuk kuatkan diri, akhirnya berjaya juga turun setelah mengalami kekejangan perasaan..

Lebih kurang 2jam berehat di pra-puncak dan bergilir ke puncak, akhirnya kami turun kebawah ke camp site.. bila pergi nak yang terawal, tapi bila bab turun tu malas plak nk jadi yang terawal, maka jadilah aku antara yang terakhir untuk turun ke camp site.. malang tidak berbau, kira-kira 1/10 perjalanan turun ke bawah, kaki aku terpelecok.. sakitnya tak yah kata.. nak menanges pon ada.. terlalu sakit.. disuntik dan berbekalkan semangat, aku berjaya jugak turun ke bawah.. credit and thanks to akmal kerana membantu sepanjang turun walaupun kadang-kadang ko terjatuh dan langgar aku. huhu.. dan juga means (hehe sebenarnya sapa jaga sapa ek?).. kecian kart aku, sampaikan ada renjer berkata "ehh ko ni td naek punya laju, turun slow lak".. "kaki injured la bro"... haha...

setelah sampai ke camp site, kami mandi2 dan bersiap diri.. malam ni ada barbeque, maka krew-krew yang bertugas mula memanaskan dapur dengan pelbagai ragam.. dan ada juga yang memanaskan dapur dengan mulut.. huha.. Tepat jam 9.00 malam selepas Isyak berjemaah, barbeque yang telah disediakan petang tadi dijamu untuk santapan peserta-peserta.. selepas kenyang, sewaktu jam 10.30 diadakan pulak camp fire.. dalam camp fire tu bermainlah kami permainan dan permainan.. termasuk teka teki dan boom... sambil diiringi latar muzik gitar.. huhu sungguh seronok.. nilah program outdoor terakhir PERMAJ bagi sesi aku dan seolah-olah program ini meraikan satu pengakhiran bagi sesi aku.. Terharu ckett..

keesokkannya, peserta diberi masa untuk mandi-manda (xnk sebab xbesh, ahaha) sehingga ke waktu untuk majlis ucapan dan pertukaran hadiah.. selepas pertukaran hadiah dan cenderamata maka berakhirlah journey ke Gunung Datok.. selepas bersiap dan mengemas barang, mengemas khemah, maka kami bertolak untuk pulang ke UKM.. dengan ucapan tidak terhingga, Thanks pada semua kerana sudi mengikuti program ini.. Thx a Lot.. semoga kenangan ini, menjadi satu pengalaman yang mampu memberi satu keindahan dalam hidup kita kelak..

Credit: Thanx Apek (KP program), Kak Jenap, Azmie, K. Lily, Fire, K.Pijat and the gang, Semua barisan exco, Semua barisan ahli aktif tahun satu dan dua, IKMAR USM, dan seorang peserta tunggal UPM, lastly Latip the Guide and the Gang...

6 comments:

  1. tak mencabar..erk..aduhh..hehe~

    takpe2..bagi jemie..agak mencabar juga la..sebab g ledang pon separuh jalan..ehehe~..~

    congrate..huhu~

    ReplyDelete
  2. mencabar tapi.. kurang kot dibandingkan dengan
    Gunung Ledang dan
    Gunung Besor Antu..

    hehehe..
    Thanks

    ReplyDelete
  3. saya jaga halfway
    awak jaga halfway
    adil n saksama
    hehehe

    ReplyDelete
  4. mana gambo akk...
    ish xadilla korg2 ni....

    ReplyDelete