Yesterday:The End

Baca lah sambil mendengar lagu tema: Yesterday - The Beatles

Setahun sudah berlalu, setahun terasa bagaikan masa terus mengejar dan mencemburui kita. Tanpa sedar atau mungkin terlalu asyik, kita sudah sampai di penghujung. Penamat kepada salah sebuah legasi kepimpinan.. AGM ke 33 PERMAJ telah pun berakhir yang menyaksikan berlaku lagi sejarah perubahan tampuk kepimpinan. Sejarah juga menyaksikan perletakan jawatan secara terhormat oleh barisan kepimpinan PERMAJ yang ke 11, jikalau diambil kira dari zaman Ustz Syahrin.

Hari ini, berakhir satu lagi episod. Esok bermula kelahiran satu episod yang baru. Dan bagaikan semalam kita berjumpa pertama kali. Bagaikan semalam, kita berjabat tangan, bertanyakan nama. Bagaikan semalam kita makan semeja bergurau senda. Bagaikan semalam kita sama-sama mengembleng tenaga usaha menjayakan sesuatu program. Dan bagaikan semalam, kita berlari demi mencapai satu misi.

Sesi ini terdapat satu keajaiban, satu demi satu titisan air mata berguguran mengiringi perletakan jawatan barisan exco PERMAJ sesi 07/08. Sesi ini terdapat satu kelainan, suara hati setiap insan berat untuk melangkah pergi meninggalkan adik-adik dalam kepayahan. Sesi ini terdapat satu kesempurnaan. Kesempurnaan kita membentuk keluarga yang bernaung di bilik kecil, bilik yang sesak dan sempit.

Tapi di sebalik kesempitan ruang di bilik keramat itu, pasti akan tertinggal segala titikn peluh kerjasama sesi ini. Di kala kesunyian di ruang sempit itu, pasti akan terngiang ayunan suara gurau senda yang menghiasi segenap penjuru ruang bilik sempit itu. Kenangan - kenangan itu akan senantiasa mengekori kita, walau kemana kita pergi, walau kemana tinggi usia kita satu hari nanti.

Justeru, aku mengucapkan terima kasih kepada barisan 36 exco yang selama ini, bekerjasama walaupun jatuh, walaupun bangun, masih terus berdiri kukuh di belakang kepimpinan aku selama ini. Selama kita mengharungi kepayahan untuk meneruskan perjuangan PERMAJ, pasti banyak pengorbanan yang memerlukan juraian air mata, kesakitan dan kesungguhan untuk meneruskannya. Tetapi, kenangan itu membuatkan kita tersenyum di masa-masa akan datang.

PERMAJ, memang tiada tandingan, mereka yang tidak pernah kenal PERMAJ, tidak akan tahu betapa kita sayang pada PERMAJ, betapa kita sanggup berkorban demi PERMAJ, Biarlah mereka yang tidak pernah tahu akan PERMAJ ini mengata dan membelakangi kita, tetapi perjuangan tetap perjuangan.

Yang bermula pasti berakhir, Yang datang tetap akan pergi. Kepimpinan untuk menyambung legasi kepimpinan PERMAJ sahaja yang tidak akan putus biarpun nadi bakal terhenti. Maka dengan itu, Aku memohon maaf, memohon halal atas segala keterlanjuran kesilapan yang tidak disengajakan atau disengajakan sepanjang mengemudi barisan exco sesi 07/08. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga barisan exco akan datang menyambung kecemerlangan PERMAJ, dan dapat meningkatkan mutu kualiti PERMAJ. Semoga bakal barisan exco dapat menyambung legasi gergasi PERMAJ ini untuk masa-masa mendatang pada masa- masa yang lebih mencabar.

Lots of LoVe. Thx to All. and Sorry 4 Everyhing.

7 comments:

  1. congratz sbb berjaya memegang, memikul dan menjalankan tanggungjawab sbg Prez selama 1 sesi.

    btw, pasal artikel antik tu, yang kali ni punya kat rumah akak aku. huhuhu

    ReplyDelete
  2. hehehehhehe...
    tq ye epong....
    ats sumer tunjuk ajar....
    i appreciate it....

    ReplyDelete
  3. NUke_Rude
    -> huhu thanks.. kita sama-sama dah merasa bagaimana jadi seorang pemimpin..penat dan sentiasa dalam kerisauan..

    aku_ler
    -> thanks. :)
    so apa lg kechik.. belanja_ler

    ReplyDelete
  4. teman lame tumpang lalu...fantaikhrisWednesday, February 11, 2009 12:59:00 am

    waa....tatau plak ak..selama ni kawn aku ni org besr PERMAJ..aku turut berbangga walaupun tampuk kepimpinanmu telah tamat....hehe

    ReplyDelete
  5. wahh cikpah..
    tenkiu singgah my blog
    always keep in touch..
    :>

    ReplyDelete
  6. tq atas segalanye dik...

    ReplyDelete