Wednesday 11 February 2009

Nothing!!

Malam ini, bagaikan beku di dalam benak fikiran. Masih mencari-cari apa yang patut di lakukan dikala keseorangan dalam suasana yang agak sunyi buhsanz.. Akhirnya penantian berakhir apabila jari-jari ini menari dipapan kekunci laptop, namun masih kekosongan idea dan ketandusan buah fikiran untuk dicanangkan dalam laman web maya ini..

Ketika suasana politik di seluruh negara belum lagi reda, pelbagai blog sudah aku terjah mengisi ruang waktu. Sama, masih lagi tidak sejuk ditelan waktu ketika berbicara mengenai politik tanah air. Semakin aku baca setiap blog oleh ramai penulis-penulis laman maya, semakin takut aku. Takut aku kepada masa depan sendiri. Takut aku kepada nasib bangsa sendiri yang semakin hari semakin kelam masa depannya di bumi sendiri.

Hanya beberapa waktu sahaja lagi, dan matahari bakal menyerlah kan cahayanya. Dalam fikiran ketika ini, merenung kembali masa-masa suatu ketika dulu. Semakin lama mencari kenangan-kenangan lalu, semakin aku keliru tentang diriku sendiri. Semakin aku ingin mencari kepastian, semakin lari jawapan dan kebenaran. Aku keliru tentang rinduku. Aku keliru tentang masa silamku.

Kadangkala terasa hati ini pudar, kadangkala terasa hati ini sudah hilang warnanya. Membiarkan saja hari-hari yang berlalu melintas di depan aku. Atau mungkin sekali manusia ini kadangkala berasa begitu. Hari - hari yang sepatutnya indah dan nikmat terasa kekosongan. Kerana, fikiran duniawi dan kemewahan mengatasi kenikmatan syurgawi. Mungkin hati ini tidak tenang setenangnya kita mendengar bait-bait kalam Allah. Semoga hari-hari ini, hari-hari yang bakal menjelmakan wajahnya, berlalu dengan penuh kenikmatan dan keinsafan.

~Hanya omongan kosong dari insan yang merasakan dirinya sunyi seketika~

1 comment:

  1. epong.. aku baru perasan...

    ayat2 ko skang ni makin bermetafora la...

    btw, politik malaysia or duni a ni mmg 1 topik yg ssh nk sejuk (kot!)... kadang2 tu aku naik malas nk komen...

    ReplyDelete