Saturday 4 July 2009

Why I Hate Chemistry


kenapa aku amek biologi, dan aku x amek kimia... ada sejarah hitam yang tak berapa hitam sangat yang membuatkan aku kurang selera dengan subjek yang dinamakan kimia ini...

pada awal kemasukan aku ke Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, aku telah didenda oleh cikgu kimia aku.. (nama dirahsiakan)... Denda atas kesalahan kecil.. Bercakap dalam kelas ketika dia mengajar.. Dendanya.. kena tulis formula kimia dengan cara kerjanya sebanyak 1000 kali...

Bukan setakat tu.. tapi sepanjang 2 tahun aku belajar kimia dengan cikgu ini, setiap kelas kimia aku dipenuhi dengan ketakutan... silap sikit membawa padah.. antara denda yang pernah aku kena,

  • - salin jawapan ujian kimia aku sebanyak beberapa salinan... sampai ada yang mencecah satu buku tebal.. bukan satu ujian.. tapi byangkan F4 dan F5 ada berapa ujian? termasuk ujian percubaan SPM, setara dll...
  • - Aku pernah disuruh membuat nota ringkas... dari awal subjek F4 sehingga subjek akhir F5.. dalam bentuk note2 kecik yang boleh disimpan dalam poket.. dalam masa beberapa hari sahaja... kalo xsiap... disuruh buat double...
  • - ini bukan denda, coz seluruh kelas kena.. diambang SPM bakal menjelma, kami sekelas ditugaskan membentangkan subjek kimia dalam bahasa Inggeris.. Dan dia x ajar chapter tuh... Bayangkan nak SPM, kena bentang dalam BI, dan kami xpaham satu benda..
  • - Disebabkan ada 2 orang cikgu kimia yang mengajar bebudak SPM, maka timbul lagi masalah... Cikgu kimia yang sorang lagi enggan mengajar kami sekelas disebabkan dia bermusuh dengan cikgu kimia aku..

Enough tentang Cikgu Kimia MRSM aku.. Bila aku masuk Matriks... CIkgu kimia aku plak terlalu baik.. tapi aku lak kurang suka.. sebab apa... biasalah cikgu lelaki... attention diberi penuh pada pelajar perempuan... aku lak suka main2.. setiap kali makmal, pasti ada alatan kimia yang pecah.. hahaha...

Sebab tu aku Fobia dengan kimia...

p/s: aku suka dengan cerita Nur Kasih... Watak Adam walaupun terpengaruh dengan budaya barat, dia masih menghormati budaya timur, menghormati ayah, abang dan emak dia... Watak Nur bersih dengan suara membaca ayat Al-Quran..

Antara Nur Kasih dengan Remp-It, Impaks Maksima, dan Bohsia... yang mana satu pilihan anda?
-



No comments:

Post a Comment