Monday 19 January 2009

Me and PERMAJ..

Entry Akmal yang bertajuk realiti bukan fantasy mendorong aku untuk membuka kembali gambar-gambar kenangan aku bersama PERMAJ.. Apa ini PERMAJ..? dan apa ada dengan PERMAJ.. Sudah 3 tahun aku bersama dengan PERMAJ, sudah 3 tahun juga aku memperkembangkan pengaruh aku di UKM, sudah 3 tahun ilmu yang aku dapat di PERMAJ selain akademik yang aku hope banyak membantu aku di berdiri di luar sana nanti.. Kalau ada orang yang akan kata Life in University is the best, Aku akan sokong sambil menambah kenangan-kenangan aku dalam PERMAJ..

Sesungguhnya manusia itu memang pelbagai ragam.. dengan itu, melalui pengalaman berorganisasi, aku tahu siapa itu rakan, dan siapa itu lawan, tahu helah permainan politik setiap manusia dan tahu untuk menjadi pemimpin yang beretika dan bertanggungjawab.. Kalau dulu di sekolah, aku jarang diberi peranan untuk memimpin.. al maklumlah.. menjadi pemimpin dengan undian mengangkat tangan.. Dari segi apa undi itu tinggi? kredibiliti luaran, penampilan serta gerak tubuh badan.. Di sekolah ukuran badan aku yang kecil sentiasa menjadikan aku orang bawahan dalam setiap pergerakan persatuan.. DI sini, PERMAJ selalu memberi kepercayaan pada kekuatan dalaman aku bukan melihat hanya luaran. Ucapan berterima kasih memang tiada bernilai dan ini membuatkan aku rasa dihargai.. buatkan aku rasa dipercayai.. Keyakinan datang untuk menghidupkan kembali semangat aku.. Aku sendiri Ingin buktikan apa yang aku mampu buat.. aku sendiri Ingin dunia melihat, budak yang ketika dulu dipandang kecil bakal menggenggam dunia melalui PERMAJ.. Aku xder abang, aku xder akak.. Tapi aku mengaku yang aku ada abang dan akak dalam PERMAJ.. Aku ada saudara yang masih mampu tolong aku walaupun dalam dunia yang memang penuh dengan iri hati dan mementingkan diri..

Dalam PERMAJ memang terdapat pelbagai pengalaman.. Sakit ati, gembira, suka, mengeluh dan pelbagai lagi yang pasti menitiskan air mata bila dikenang.. Jerit dan perih seakan-akan bersatu dengan kegembiraan.. sudah asas, Kita pernah menjadi junior.. Putaran waktu akan menggantikan kita yang berada di bawah menjadi atas.. Senior seorang demi seorang akan pergi meninggalkan laman ilmu UKM.. Penasihat dan pembimbing serta rakan, seorang demi seorang meninggalkan beban amanah kepada kita.. maka kitalah yang harus berdikari membawa halatuju persatuan lebih dari sekadar cemerlang..

Melalui PERMAJ aku rasakan yang aku ini hidup, aku ini bernafas, dan aku ini bukan sekadar manusia yang lahir tanpa harapan.. DI PERMAJ aku pernah menangis dan di PERMAJ aku pernah ketawa.. Harapnya PERMAJ akan terus melahirkan insan-insan yang mampu membawa perubahan kepada Malaysia untuk beberapa tahun yang akan mendatang..

PERMAJ mampu menerima aku seadanya.. PERMAJ mampu memberi aku kehidupan yang selama ini aku anggap telah jauh terpinggir dalam hidup aku.. Ohhh Tuhan saja yang tahu betapa aku mencintai PERMAJ lebih dari segala-galanya di UKM ini.. Dan terima kasih atas ilmu dan pengorbanan abang-abang dan akak-akak yang pernah membawa aku mengenali apa ini erti hidup dan apa ini erti tanggungjawab..

Lots of LOVE and thank You

~Seluruh warga PERMAJ~

3 comments:

  1. semoga kita semua maju kehadapan..insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. rindu mengamit kenangan...
    kini sudah smakin phujung..
    urm...rindu kat smua knangan bersama permaj..
    ketika gmbira.. sedih..rajuk.. duka..ketawa..
    semua rasa tersimpul menjadi 1 yg memberikan kebahagiaan

    ReplyDelete