Seriusly... Aku ni seorang yang susah nak nanges.. biasa lah adat lelaki kan.. tapi ada satu benda yang air mata aku akan laju je berderai turun.. tatkala berlakunya perpisahan.. Dan setiap kali abes nya persekolahan, UPSR, PMR, SPM, Matrikulasi dan SPM mesti aku akan nanges.. Sebab aku tau, kita takkan dapat lagi pengalaman gelak ketawa dan mengisi ruang-ruang masa dengan aktiviti yang dah biasa kita buat..
Terkecuali di UKM.. sebab aku tau yang kita akan berjumpa lagi... Cuma jauh di hadapannya kita lebih tau yang kita pasti akan bawak jalan dan haluan sendiri bila tiba masanya nanti.. sorang ke utara, timur, barat dan selatan.. Duhh... Ketentuan dan takdir bukan...
|
there a lot more.. tapi susah nak cari semua kawan dalam satu gambar.. sorry pada yang tiada ^_^ |
Bila orang cakap zaman universiti paling best.. Yep.. thats right.. Cuma aku dalam universiti ni berkawan dalam banyak peringkat.. Yang pertama kawan-kawan satu kolej.. Yang kedua kawan-kawan PERMAJ.. and then kawan-kawan satu kos dan juga kawan-kawan yang kenal sebab satu Universiti.. yang terakhir sekali yang mana banyak bagi aku satu memori yang sangat -sangat wonderful, kawan-kawan aku yang terakhir sekali aku kenal... Dan setiap kali aku cakap terakhir aku kenal, aku mesti tertanya-tanya... Kenapa aku lambat berjumpa, dan lambat bermesra ngn mereka...
Aku orang yang sombong kalau pertama kali kita berjumpa. Next pertemuan pon belum tentu aku akan buka mulut sebab nak bercerita banyak.. sehinggalah next, next, next bila aku rasa aku boleh jadi sebahagian dari korang.. Kalau x boleh, mesti ko akan menyaksikan aku lagi banyak diam dari bercakap.. Aku bukannya seorang yang mengadu segala masalah pada family.. Dorang sikit pon tak tahu apa yang aku dah belajar dari pengalaman, apa aku buat, apa yang aku fikirkan... Aku jenis bercerita pada kawan.. Then aku akan ska cerita masalah aku sebabnya aku xdapat cerita pada family, pada org lain.. Dan kau yang mendengar pasti aku akan hargai... Tak semua kawan kita sanggup mendengar masalah kita walaupun berulang-ulang kali cerita.. thats a fact...! Dan kawan yang valuable, korang pon semua tau, susah sama2, senang sama2..
Dan pada korang yang rasa korang kawan masa senang je.. go to damn hell.. Aku pernah berkawan beb ngn orang macamni... Bukan satu, bukan dua.. ramai kot...
Aku tulis semua ni sebab aku nak luah kan yang aku rasa sedih nak balik johor... sebab ntah bila kita dapat bergembira lagi... and salah satu part aku suka melepak... sampai kul 4,5.. aku tau korang kata buang masa.. tapi masa yang kita buang itu amat berharga untuk dikenang, sebab dalamnya terdapat pelbagai peristiwa suka dan duka.. pahit dan manis...
and thanks for being my frens.. and thanks sebab tolong bila aku dalam kesusahan.. dan terima kasih atas segalanya...