Nizam keluar dari tempat persembunyiannya yang terletak di
bawah tanah berhadapan dengan bangunan parlimen. Tapaknya kelihatan masih
tersisa dengan bekas runtuhan.
“Aku mesti cari Hidayah dan anak-anak, Aku tak boleh
pengecut begini”
Nizam keluar dengan berhati-hati. Suasana luar gelap.
Sesekali terdengar luahan dan jeritan manusia yang kejam diseksa yang diselang-seli
kan dengan iringan bunyi peluru yang bertaburan tidak mengenal mangsanya. Nizam
kali ini tekad untuk menyelamatkan dan mencari Hidayah. Sudah lama dia duduk
berdiam diri bersembunyi dan diselubungi kegelapan. Kali ini dia benar-benar
tekad dan berazam. Berbekalkan senapang M4, senjata hasil kerjasama Asean; Malaysia,
Indonesia dan Thailand, dia keluar dengan satu matlamat. Mencari tanpa dikesan.
..............................
“hei Nizam! Bangunlah. Kata malam ni nak buka gerai, bangunlah!”
“Aku tak larat lah Man, badan rasa tak sedap, tekak rasa
pahit”
“Betul ni. Rugi kau nanti tau, Dengarnya Hidayah nak datang
malam ni. Dia ada ajak nak main badminton juga rasanya” Azman bingkas bangun.
Sambil melirik senyum kepada Nizam. Senyum yang penuh makna dan mengejek.
Nizam membuka sedikit mata, masih terbaring, berat benar
hendak diangkat kepala apatah lagi nak bangun dan bersiap. Nizam dan Azman
adalah rakan sekampung yang kini menetap pinggir Kuala Lumpur. Bekerja di kota
raya yang mempunyai seribu satu kesibukan ini tidak menghalang pemuda ini untuk
melakukan kerja lebih masa. Nizam membuka gerai burger di hadapan Dewan
terbuka. Maklumlah, Kerja sebagai dispatch di waktu siang hari belum tentu
untuk memberi makan pemuda ini selama sebulan.
Gerai yang diusahakan hampir selama setahun ini ada
pengunjung setianya. Cik Hidayah. Seorang gadis yang aktif, bola matanya
berkaca, tegas dari gayanya bercakap, jalannya lembut, ketawanya manis, lehernya
jinjang, rambutnya tersisip rapi, senyumnya menawan, kata-katanya jujur.
“dia idamanku, dia
tegas, dan dia punyai kelainan, dia manja di sebalik garang, dia lembut di
sebalik keras” itulah ayat yang sering kali didengari daripada mulut Nizam.
..............................
Nizam tersentak dari bayangan silam. Kakinya tersadung pada
serpihan runtuhan bangunan yang menjadi saksi peperangan ini. Ini bukan
peperangan biasa. Tapi ini peperangan mempertahankan maruah Agama dan Bangsa.
Bermula dengan peperangan saudara akibat pemberontakan kaum kini beralih dengan
campur tangan kuasa asing. Akibatnya rakyat sendiri hidup melarat, sedangkan
kuasa asing diangkat sebagai raja tidak berdaulat dan meratah bumi perut tanah
air sendiri.
Bunga raya yang dulunya mekar kini diragut kelopaknya satu
persatu. Raja-raja digugurkan dari takhta, pemimpin bumiputera dilucutkan
kuasanya, rakyatnya yang Islam dinafikan hak Islamnya, Masjid diratakan,
laungan azan semakin tenggelam, darah Muslimin bertaburan. Semuanya atas dosa
yang mereka sendiri lakukan, terbiar akhirnya di tanah sendiri.
Rakyat hidup sembunyi termasuk Nizam, mereka hilang saudara
dan rakan. Cuma ada segelintir pemimpin yang masih berjuang menuntut hak mereka
sebagai Tuan pada tanah ini. Yang bukan Islam ramai yang menyerahkan nasib
mereka pada pemerintah asing. Apakah mereka hendak menolak tuah? Pemerintah
asing menawarkan mereka kehidupan dan keselamatan selagi mana mereka tidak
menyokong rakyat yang Islam dan menawarkan bantuan pada mereka. Tuah dunia
digandakan pada mereka yang sanggup membuang iman hanya kerana ingin berlindung
di bawah payung keselamatan si zalim. Mereka membuang Islam.
Dan ini adalah peperangan mempertahankan Iman dan Islam.
AllahuAkbar!!
sambungan di
sini