Wednesday 3 June 2009

Project N.S


Pernah dengar Project N.S...? Bukan Project Pop tau yang nyanyi lagu ngetop bukan superstar tuh.. Ceritanya alkisah begini, ada one station television ni is trying to promote PLKN menerusi program realiti, Project N.S yang mana ‘pelakon’ utamanya adalah Diana Danielle, Suki dan Aliff.. wahhh.. glamour giler.. Pernah aku mendengar bisik-bisik di telinga ini, yang Pelakon Project N.S ni tidak akan diberi kemudahan yang lebih baik dari peserta-peserta PLKN yang lain.. Tidak ada kemudahan yang special diberi kepada mereka...

Jawapan aku tipoooooo..... setipo-tiponya... helloooo kalau dah ada selebriti kart situ, dan siap masuk Tv, secara logik akal, akan ada peruntukan lebih untuk kem tersebut... akan ada penambahbaikan yang ditumpukan kat kem tersebut dari kem-kem lain.. ini sudah semestinya, sebab takkan nk masuk tv amek gmbar kem2 yang selekeh..

Dengar jugak yang si Diana Danielle telah dinobatkan sebagai Timbalan Penghulawati yang merupakan pangkat kedua tertinggi bagi semua peserta perempuan latihan PLKN ini. Bagus mereka ini bukannya sekadar pandai berlakon tapi juga berkepimpinan.. hahaha.. statement ini agak tepat tapi tak setepat-tepatnya.. of coz dia sebagai selebriti, mestilah org akan pilih dia, bukan kerana daya keimpinan tapi kerana title selebriti yang dipegangnya.. ada setuju?

Program ini dikatakan sebagai satu wadah yang cuba ditunjukkan kepada anak-anak muda bahawa PLKN ini mempunyai matlamat program yang bagus.. dan juga memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa kem-kem ini adalah satu jaminan tempat yang selamat untuk anak-anak mereka.. tapi kenapa selebriti? kan lagi bagus serta menambah keyakinan kalau program realiti ini ditunjukkan kepada peserta-peserta awam yang bukan selebriti.. yang latar belakang mereka dari sudut sosioekonomi, sosial yang terlalu berbeza.. ini yang patut ditonjolkan sebagai satu program yang bermatlamatkan penyatuan warganegara Malaysia dari pelbagai aspek termasuk perpaduan kaum.. setakat tiga selebriti itu semestinya tidak memaparkan apa yang kita hendak lihat sebagai satu program yang begitu banyak matlamatnya..

Kenapa aku begitu membantah rancangan TV ini.. kerana aku pernah manjadi peserta PLKN.. wawawawa... bukanlah jeles sebab aku tak masuk tv.. tapi kebanyakkannya aku takut apa yang dipaparkan jauh sekali dari realiti.. dan ini keistimewaan ini tidak adil kepada peserta-peserta yang lain..

p/s: gambar diatas bukan gambar aku yerk..



4 comments:

  1. komen camni aci..???hoho

    ReplyDelete
  2. hahaha.... acilah.. aci yg tlg bukak pintu..

    ReplyDelete
  3. btol2 sokong..tp bgos gk klo ade program n.s ni..

    program nasehah syamin..hohoh

    ReplyDelete
  4. meen ko ni selalooo tol perasan..ish33

    ReplyDelete