Wednesday 6 April 2011

Tunang!

Ada orang kata bila bercinta ni tak lah semudah yang disangka. Tapi ada juga orang kata bila dah masuk fasa bertunang nanti cabaran nya lebih besar dan banyak saja dugaan. Bukan seorang yang kata begitu, tapi ramai juga yang cakap hampir serupa; Bertunang itu banyak cabarannya. Aku tak pernah rasa macam mana rasanya bertunang ni. So dengar saja story dari mereka yang lebih berpengalaman.


Ada yang bila masuk bertunang tu nampak smooth je dari awal tunang hinggalah menanti detik menjadi raja sehari. Macam cousins aku. Tapi ada juga waktu bertunang ni lah masanya nak muncul orang ketiga; bekas awek dan seumpamanya. Weird kan. Kenapa waktu bercinta dulu tak nak hadir, tapi sibuk orang dah bertunang time tu lah dia datang nak bercanda ria dengan kekasih lama konon nya. Or aku anggap it just dugaan Tuhan nak menduga pasangan tersebut agar ia benar-benar tahu keputusannya yang dibuat. Mengahwini dengan orang yang betul-betul dia rasa adalah pasangan sehidup semati. So it’s reasonable right?


Jadinya aku nak bercerita sedikit satu kisah pertunangan yang banyak membawa kepada penderitaan. So This story datang nya dari kawan kepada kawan. 


Lelaki ni hanyalah bekerja sebagai peniaga saja yang dah semestinya bukan satu pekerjaan yang di idamkan oleh tunang lelaki ni. Pasangan tunang ni berkelulusan ijazah dari dua universiti yang berbeza. So agaknya si perempuan ni rela ke bila melihat tunang dia hanya bekerja sebagai penjual burger sementara menanti kerja yang tetap.


Pada mulanya memanglah support. “abang buatlah apa yang patut, ayang rela je apa yang abang buat asalkan halal, mana tau satu hari nanti akan datang rezeki pada abang”. Bunyi memang dah cukup semangat. Tapi lama-kelamaan bila dah bertunang, si perempuan tadi tu mula tunjuk sikap tak suka kepada pekerjaan tunang dia ni. Dia mula mintak tukar motor, nak rumah besar bila dah kahwin, nak kereta cantik bila dah berkahwin, tapi dia tak sedar yang tunang dia tu belum stabil lagi dan di luar kemampuan dia untuk si perempuan ni minta macam-macam.


Selepas tu, datang pula sikap nak mengongkong, itu tak boleh ini tak boleh. Sanggup minta tunang bawa makan ke tempat jauh, dan mahal. Bila brother tu nak cari duit lebih sikit kerja lebih masa mula lah si perempuan ni cakap yang abang dia dah tak sayang dia; Sayang burger lebih dari tunang sendiri. Ada ke cakap sampai macam tu. Kadang – kadang bila dah meniaga burger ni mestilah ada kawan-kawan datang lepak gerai kan. Ada yang support beli burger, ada juga yang datang nak tolong suka-suka, bahkan ada yang suka-suka teman nak berborak. Tapi si perempuan ni anggap tunang dia berkawan dengan orang yang tak elok. Tak boleh tengok kawan-kawan datang lepak gerai. Bukan kawan perempuan, kawan lelaki kot. Mulalah membebel dan memberi arahan tak nak tunang dia berkawan dengan kawan-kawan dia.


Aku pun pening dengar cerita macam ni. Orang tu busy cari rezeki, kita as tunang kenalah faham rentak kerja dia macam mana. Mana lah boleh nak ikut selera kau 24 jam. Bertolak ansur lah sikit. Kalau kau kata tak cukup masa dengan tunang kau, sabar lah sikit. Dah nikah nanti tertonggeng terbalik pun tak apa.


Aku memang side sebelah lelaki instead aku memang dengar cerita ni dari sebelah pihak je. Tapi dari penilaian mata kasar aku, brader ni memang cukup bersabar. Sabar dia fuhhh, memang excellent!. At first dia ikut je apa yang perempuan tu nak even aku tahu dalam hati sangat remuk. Brader ni pernah cakap yang dia sangat-sangat extra sayang untuk lepaskan tunang dia. Tapi at the same time dia terpaksa redha yang itu bukan jodoh dia. Even kalau ada jodoh akan datang, insya-Allah dia akan terima. But now dia sangat terpaksa lepaskan. Buat apa sayang kalau hati setiap hari berendam kelemasan. Lama juga dia ambil keputusan ni.


Tapi seriously. Perkara pertama yang manusia susah nak buat adalah let go apa yang kita sangat sayang! Aku tahu sebab aku faham. Aku sangat faham!



6 comments:

  1. mcm aq tau sape laki 2.. haha

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    huish! seriously bahaya kalau tau.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. @Ezal R

    ah! kau kompom tak tau... hahaha.. bila nak jumpa aku?

    ReplyDelete
  4. apa bukti aku conform xtaw? haha.. insyaallah, nanti la, bg ko dpt gaji 2 bulan dlu..hahaha

    ReplyDelete
  5. @Ezal R

    xda bukti tp mmg ko tak tau... hahaha...

    ReplyDelete