Monday 31 August 2009

MERDEKA

Dahulu
Lautan mana yang tidak kau tawan
Tanah mana yang tidak kau jejak
Nusantara milik kita
Merdeka dan Bebas
Agung dan Daulat

Kerana sengketa
Daulat itu hanya jadi nama
Kebebasan ditarik, dijajah sengsara
minda dibelenggu orang asing
yang benci pada kehebatan nusantara kita
Kehebatan kita terjelepuk
di tanah tumpah darah sendiri.

Demi sebuah kemerdekaan
Nenek Moyang bermandi lautan darah
Dan Demi sebuah kebebasan
Nenek Moyang berkorban segala-galanya
Apa yag kita kecapi
kesempurnaan pengorbanan dari mereka

Kita sebuah Negara berdaulat
Wajib kau tahankan dari penjajahan moden
Jangan minda dan hati dipasungkan
Jangan sengketa, Jangan bermain api

Ini bumi darahku..
Biar darah pernah menangisi bumi
Jangan tangisi sekali lagi
Biar fitnah melanda
Aku ku tahankan dengan sosok tubuku
Kerana kami pernah sengsara..
Tidak akan sengsara lagi

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52

"Andai Bumi Ini Dipijak, aku yang akan memijak mereka. Andai Bangsaku Di Tindas, Aku yang akan Menindas Mereka, Andai Agamaku Kau Cemuh, Dengan Pertolongan Allah Engkau akan Binasa selama beberapa keturunan"

2 comments: