Saturday 12 February 2011

Last Day - 2

Semalam last day tak dah ape yang berlaku sangat.. Tak ada pon touching-touching sangat.. Pagi tu buat kerja macam biasa.. Bila rehat pergi semayang jumaat dan makan.. Then sambung settlekan apa yang patut.. Pastu just pass kerja pada orang lain dengan senang.. sebab part kita semua dah complete..


Cuma petang tu, aku bagilah kad-kad yang comel tu.. Riuhlah kejap satu QA Office... Ramai siap tanya berapa hinggit klip yang berbentuk love tu... Ada ke aku nak jawab.. Murah je.. Segan ar aku nak jawab unless benda tu satu RM10.. dah ckup bangga aku nak jawab.. Then after tu aku minta maaf dan ucapkan thanks pada semua cuma........


Aku mintak maaf pada bos then dia jawab 


"haaaa memang patot pon kena mintak maaf tau, mestilah akak bengang.. bengang tau.. kata masa interview tak nak cari kerja lain.. Tetiba skang keluar sebab cari kerja lain, nanti kerja lain jangan malas-malas.. good luck.."


Aku senyum je... tapi dalam hati aku betah jugak.. Akak ni memandai reka cerita konon aku yang salah.. Masa interview aritu dia just tanya aku ada niat nak sambung belajar ke tak.. Aku cakap tak ada, maybe dalam 2 tahun kerja baru dapat sambung sebab pointer aku memang totally out kalau nak terus sambung.. Sumpah! tak ada soalan tentang nak cari kerja lain or kerja government ke apa ke...


Aku teruskan senyum sebab dia cakap pon xdalah dalam nada menengking just nada memerli yang cukup menusuk kalbu.. Kalau akak lebih-lebih saya akan melawan.. Sebab saya ni walaupun lahir bulan 5 tapi saya kuat melawan... Kalau orang tu lebih-lebih lah...


So itu je yg berlaku.. then balik.. Cuma aku xda satu pun gambar kat opis tuh nak dijadikan kenangan.. Yang ada gambar kawen sorang dari staff QA dengan isterinya pon staff QC kat Kerrys tuh..


sbhg dari my office mate
pengantin lelaki: ameerdza, pengantin perempuan: syamimi
berdiri dari kanan: Hanum, Safni, Huda


So berakhirlah satu destinasi.. InsyaAllah kita akan jumpa bermacam ragam kehidupan di destinasi lain plak.. =)

2 comments: