Wednesday 15 April 2009

Politics And Me

Aku anggap apa yang berlaku ini lumrah sebahagian dari politik.. Aku anggap cerita ini luahan hati aku dalam menempuh perjalanan di kampus ini yang sentiasa bergelumang dengan politik.. walaupun post ini panjang, Bacalah sampai ke bawah, supaya anda tahu perjalanan hidup aku sehingga aku dalam dilema.. mungkin kerana hati itu busuk!! Berilah sedikit komen supaya aku tahu jalan yang perlu dipilh..

Aku menjadi Presiden Permaj dengan jalan yang senang… Rakan sekeliling memberi laluan yang mudah.. Aku tau mereka lebih layak dari aku.. Tapi mereka senang dan sudi membantu aku dari bawah.. Terima kasih juga kepada Kepimpinan PERMAJ sebelum ini.. memberi tunjuk ajar dan menerapkan pelbagai kemahiran..

Abg Syahrin, Bekas presiden Permaj 1998, dan kini menang sebagai exco pemuda UMNO Malaysia, pernah berkata.. Dia berada di landasan terbaik pada ketika ini adalah kerana PERMAJ.. dan aku berani berkata.. jika cerah masa depan ku di akan datang semuanya kerana PERMAJ.. PERMAJ adalah tulang belakang kejayaan aku sehingga kini..

Dengan PERMAJ, jalan aku terbentang luas.. hasrat ingin memegang kepimpinan UIPK (Urusetia Integrasi dan Perpaduan Kaum, HEP UKM) dan GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) UKM sudahpun terhenti di pertengahan jalan.. Namun, Alhamdulillah aku dapat memegang barisan Pemudahcara Bahagian Pusat dengan menjadi ketua sekretariat Pendaftaran, pada Minggu Pengenalan Pelajar 07/08.. Dengan jawatan ini, pengaruh di sekitar UKM mulai merebak.. Aku Berjaya menguatkan hubungan dengan HEP UKM, dan pelbagai lagi organisasi..

Jalan aku bertambah mudah bila aku menjadi Timbalan ketua pemudahcara bahagian pusat, MMP 08/09, jawatan kedua tertinggi di kalangan pelajar-pelajar, semasa minggu pengenalan pelajar diadakan selama seminggu.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berturut-turut memegang jawatan Pemudahcara bahagian pusat, pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat aku perolehi.. dan yang paling penting, kekuatan minda dan mentality.. sebabnya untuk menguruskan 12 kolej yang pelbagai ragam, sudah semestinya emosi must be stabil dan kuat..

Sepanjang di UKM, 2 kali tawaran peluang keemasan berturut-turut datang kepada aku.. Tawaran untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar.. Dan yang menjadi penghormatan, Pegawai HEP sendiri yang datang untuk meminta aku menjadi MPP UKM di samping rakan-rakan.. Teringat En Zameri, Ketua Pendaftar HEP UKM.. pernah berkata satu kerugian bagi aku melepaskan peluang MPP UKM.. Tapi sudah tentu aku ada alasan tertentu.. Aku ketandusan pointer yang melayakkan aku bertanding..

Sekali lagi, bahagian HEP UKM memberi aku penghormatan yang yang agak tinggi.. aku ditawarkan menjadi wakil UKM dalam delegasi pemimpin pelajar Malaysia ke konvensyen MALINDO Malaysia-Indonesia.. Hanya 3 orang wakil dari setiap Universiti.. Dan aku terpilih walaupun aku bukan MPP UKM.. Terasa sedikit bangga, sebabnya semua universiti yang lain menghantar YDP, NYDP MPP dan sebagainya sebagai wakil university mereka.. Konvensyen yang diadakan selama 10 hari di anjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Pelajar Universiti Malaysia (MAKLUM).

Untuk program Mikrobiologi UKM.. Aku diamanahkan untuk menjadi ketua Pengarah bagi annual dinner untuk kos mikrob.. dan aku memang ingin pegang.. sebabnya.. Aku ingin membuktikan kemampuan aku.. Aku bukan sekadar bercakap kosong.. Jika diimbas kembali tahun sebelumnya, ketika senior2 mikrobiologi memegang organisasi annual dinner.. Segala pandangan, cadangan, dan segala kritikan aku, dibuang mentah-mentah.. malah mereka mempertikaikan pencapaian akademik aku.. adakah pencapaian akademik berkaitan dengan pencapaian organisasi? Mereka juga menuduh aku bercakap kosong.. berlagak bagus dan sebagainya.. Maka dengan itu, aku berjaya buktikan.. dan penganjuran program ini di lihat terlalu berjaya dengan penajaan besar dari MOSTI (Ministry of Science, tenchnology and Inovasi).. Tempat yang special dan berkelas tinggi, makanan yang mewah dan pujian dari pelbagai pihak.. Dekan, Pensyarah dan juga MOSTI sendiri.. Untuk itu, pujian ini sepatutnya disandarkan kepada semua AJK Program ini.. Thanks A Lot.. Aku harap, ini dapat menutup mulut-mulut yang memandang rendah keupayaan akademik aku.. (walaupun xda kena mengena)..

Untuk kolej.. Aku berjinak dengan BKRS.. Sehingga aku di lantik menjadi Exco kepimpinan BKRS.. Di bawah amanah yang dipikul, aku berjaya menjalankan program Interaksi 1st year yang selama ini tertangguh selama 2 kali di bawah kepimpinan orang lain.. Mungkin mereka ada kesulitan yang susah nak dielakkan.. Tapi aku Berjaya menjalankan program itu.. walaupun ketika itu keadaan memaksa supaya program itu ditunda sekali lagi… Masalah Disebabkan kumpulan ajk dan organisasi berpisah jauh dengan kumpulan sasaran pelajar tahun pertama.. Berkat kesungguhan AJK-AJK program, Alhamdulillah aku Berjaya melaksanakannya..

Untuk kelab Xtreme-C.. walaupun aku bukan ahli.. tapi keakrabannya seolah-olah aku sebahagian daripada membership Xtreme-C.. mungkin kerana sebahagian besar organisasi itu terdiri daripada rakan-rakan rapat aku.. walaupun hanya ahli angkat sahaja, aku diberi penghormatan dari kelab ini, aku dibenarkan join pelbagai aktiviti, menjadi penceramah yang tak bertauliah, dan sebagainya termasuk menjadi Timbalan Jentera Aspirasi untuk KUO.. Untuk Jawatan Timbalan jentera, aku dapat membuka sedikit peluang untuk aspirasi bertakhta di hati pelajar-pelajar dengan beberapa siri ceramah x rasmi waktu malam.. walaupun aku tahu, jawatan ini sepatutnya terbuka hanya untuk ahli kelab sahaja.. tapi anda beri saya kepercayaan.. Thanks Guy..

Ada yang kata, aku tidak bagus.. susah untuk menjadi orang bawahan aku.. susah untuk bekerja dengan aku.. Bagi aku, mungkin ya ataupun mungkin tidak.. Tapi dari pengamatan kasar, aku tidak mencari kuasa macam ko..!! Tawaran yang datang pada aku… Aku tidak mengejar except satu dua jawatan.. Tapi kebanyakkan aku dapat sebagai tawaran.. Jika orang memberi aku peluang untuk sesuatu jawatan, bermakna Orang yakin dengan kemampuan aku.. Maka dengan itu, orang sudah bersedia bekerja di bawah aku, atau bekerja dengan aku.. Tapi sebagai pemimpin, mungkin ada kesalahan atau kelemahan.. itu aku mengaku, sebab aku manusia..

Dan hari ini secara terus terang, aku mengaku.. Aku memohon jawatan YDP Jaksa (Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa SIswa) Kolej Ungku Omar mengikut prodesur tertentu termasuk temuduga untuk jawatan itu.. For ur information, mengikut info yang aku dapat, not sure rite or not, hanya aku yang meminta jawatan YDP.. hanya aku sahaja tahun tiga yang memintanya.. Atas alasan aku ingin menjadi YDP, yang pertama dari segi politik KUO, kedua dari susunan program-program yang sepatutnya memberi faedah kepada kolej, bukan program yang sia-sia.. Yang ketiga, ingin merebut peluang beberapa marketing besar yang ingin menjadikan KUO sebagai tempat event..

Dengan pengalaman aku menerajui pelbagai organisasi yang lebih besar dari kolej, aku rasa aku layak.(aku x cakap aku bagus), tapi mengikut pengalaman dan As 3rd year student.. Aku berpengalaman dalam Minggu Pengenalan Pelajar.. Aku berpengalaman dalam link-link dengan HEP dan pelbagai kementerian di Malaysia.. Aku berpengalaman dalam menghadapi situasi-situasi kritikal semasa berorganisasi.. (apakah aku perlu senaraikan semuanya jawatan-jawatan yang pernah aku pegang?)

Mengecewakan, Aku dapati, permohonan aku ditolak.. Aku ditawarkan JAKSA Keusahawanan dan bukannya YDP.. WHY? Kalau u guys baca, Felo dan Pengetua Kolej, Give me a reason.. Adakah anda yakin dengan kemampuan calon lain yang dianggap lebih baik dari aku.. Kalau macamtu bagilah dekat mereka.. Buktikan.. Atau Felo ingin membentuk kroni tersendiri.. yang aku tau, pandangan Jaksa lama ditolak dalam menentukan JAKSA yang baru.. Adakah anda adalah kuasa Veto.. Bagus dan sebagainya? Selama 2 tahun pun bukannya ada perubahan.. sama sahaja!!! Owhh ya... Disebabkan hanya seorang yang memohon YDP, maka dia dianggap menang tanpa bertanding, rite.. Itulah yang terjadi dalam kepimpinan JAKSA yang lepas.. Tapi mengapa sekarang di ubah cara pemilihan..

Sekarang aku dalam dilemma..

Terima Jawatan Jaksa Keusahawanan atau Tolak!!..

Aku ingin terima sebab aku ingin buktikan, yang aku akan cari pengaruh aku sendiri, dan buktikan yang aku mampu buat.. Kuat kan politik UO yang lesu dan memalukan.. Sangat memalukan.. Adakah Felo-Felo KUO tahu ini?

Aku ingin tolak sebab aku meluat dan menyampah dengan mereka yang seolah-olah menafikan kemampuan orang lain yang lebih dari mereka!!

Terima atau Tolak?


15 comments:

  1. TOLAK!!
    pandangan yg jujur..kalo terima mahukah anda kerja dalam keadaan skt ati dan rasa diperkecilkan..mungkin anda terlepas peluang sekarang..tetapi jika ada rezeki anda mampu meraih yang lebih hebat daripada skang..jangan terima sbb nk membuktikan yg anda mmpu kerana org yng anda nk buktikan 2 bukan peduli pun..dorg msh begitu..dulu,kini dan selamanya...fokus on ur study n improve it..dari memeningkan pale pk perkara yg menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  2. har..nak sgt pendapat yer...
    pd aq beter tolak...
    y??bcoz rasernyer tol kate min..dah tibe maser tok ko tumpu study..
    lau ko xtif jd jaksa biler mase ko nak study..g pon prinsip kau keje no 1 dr study jd better ko tolak skrang drpd ko nyesal d kemudian hr..org kater join persatuan nak cr ilmu soft skill,aq rase leadership ko dah cukup wat mase ni..jd skung tumpu pd pointer ko lau ko sedar org ramai mengkeji pointer ko..buktikan pd mereka pointer ko bknlah sekeji itu pon...

    ReplyDelete
  3. honestly pong, aku sudah cukup meluat dengan felo2 UO.. semua dah macam gile kuasa, x knal plajar tp nak wat kputusan utk plajar tu, barisan2 felo yang paling bengap pernah aku jumpe..

    pendapat aku? TOLAK! xkan ko x knal felo UO epong?? mereka tau ko banyak link, mereka just nak PERGUNAKAN ko epong, pk la, sbb tu mereke letak ko KEUSAHAWANAN..

    Knp mereka tolak ko sbg ydp? sbb mereka tau, ko xkan jadi pak turut mereka pong, mereka tau ko adalah ko.. dan mereka gunakan alasan pointer utk tolak ko sbg ydp..

    Klu ko nak buktikan diri ko pong, ade byk lagi link2 yang ko bleh masuk, ade byk lagi kelompok2 yang menerima ko kerana mereka menghargai ko, bukannya kerana mereka nak gunekan ko..

    Ni just ape yg aku rase sbg seorang kawan.. :)

    ReplyDelete
  4. TOLAK !!!sebab
    1. mereka yang memberi itu sekadar "bagi je la nie..."

    2. mereka tidak akan sekali-kali menghargai apa yang telah dan akan di buat

    3. tak perlu tunjuk pada mereka, biar kita mengalah

    4. mengalah bukan bermaksud kita kalah

    5. yang menang bukan menang semua, yang kalah bukan kalah semua

    6. kita buktikan yang kita memang terbaik, buktikan dengan cara lain

    7. jangan besarkan benda yang kecil... :)

    semoga berjaya dan all the best...

    good luck !!!jom kita jawap exam dengan hati yang tenang..insyaALLAH

    ReplyDelete
  5. epong gud luck....
    aku sokong...
    tolaklah dengan hati yang tenang...
    ~kami ade disini~

    ReplyDelete
  6. iyep! tolak jew..
    sbbnye aku xnmpk pe sbb pun diorg ptt letak ko lam keusahawanan dan tolak sbg ydp.
    sedangkan mereka2 yg lebih hebat drpd felo2 ni pun tau menghargai ko.. tau nilai yg mane ptt dibuat dan yang mane tak..
    so, better ko tolak je and concentrate lam pelajaran plak..

    p/s:
    honestly, aku suker ngan care ko berorganisasi, cara ko memimpin.. hehe keep it up!! =D

    ReplyDelete
  7. yasmin
    huhu.. yup menyakitkan hati

    musz
    hehe.. probnya Mus, aku pernah terfikir untuk menyepikan diri, duk focus on study.. cuma aku takut aku xley duk diam..

    ammar
    hoitt.. marah betol ko ngn felo.. memanglah.. aku pon marah!!! thanks ammar for ur opinion.. thanks..

    ReplyDelete
  8. mie
    thanks 4 ur sokongan selama ini.. btol gak, mengalah x bermakna kita kalah.. tapi takut saya xdapat apa itu kepuasan.. dan saya akan buktikan!!

    la_nina
    si comel ini.. saya tau anda semua berada dekat dengan saya.. thanks..

    piDa
    huhu terharu lak aku, ko cakap mcm tuh... nway ramai suh aku tolak.. maybe aku akan tolak.. Thanks to u too piDa..

    ReplyDelete
  9. tolak sbb:

    1- bdsrkn pglmn aku, better x jdi...nt ko mnysal plak

    2-jaksa k'usahawan: kje kutip duit R.O water, n e-team corner je

    3-better tumpukn pd pljrn skg, nt org akn knl ko dr segi kepimpinan dn akademik yg cemerlang

    5-felo mcm haram(wlpn dlu diorg pnh jd jaksa n student uo)

    6-byk lg pluang lain kt luar..felo akn hnye pergunakn ko je

    7-ingt pesan mak ayah ko tuk meraih sgulung ijazah dgn kptsn yg cemerlang

    8-nt kene slalu meetng xdpt ko nk men futsal n tgk man utd menang..hahha

    9-aku rse ko lbh bgus dr felo2 KUO

    10-nt JLM ko kne gune je dgn diorg..hahhaa

    tu pndpt aku la, tp sume tpulng kt ko sbg seorg yg b'intelek tggi dn mmpu mbuat kptsn sndri..jgn tlalu mburu jawatan hggakn pljrn ktinggalan..ok, tu je..hehe

    ReplyDelete
  10. salam..
    tolak!!!
    -panjang-

    ReplyDelete
  11. razy-san
    btol btol btol.. JLM aku nnt diorg nk pakai.. :) thankss

    panjang
    yup.. aku dah tolak ketika komen ini ditulis..

    ReplyDelete
  12. bagus pong, nothing wrong with ur desicion..

    kiteorg sbg kawan akan sentiase di belakang ko..

    ReplyDelete
  13. alhamdllh...
    syukur pd tuhan krna bk pn2 ati mr. nizam utk wt kptsn...
    insya4JJI peluang2 yg lg bgs akn dtg aftr dis...
    juz follow da rule nw which need u 2 *dy...
    al da best...

    ReplyDelete
  14. hehe thank you.. :)
    all the best to you too

    ReplyDelete